Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[200z]

Ringkasan:

Kasih dan Struktur Hukum [200z]

(Edisi 1.1 19970830-19990610)

Kasih Tuhan serta Kasih Sesama Sendiri menjadi dasar bagi semua substruktur hukum yang berasal dari kedua hukum ini dan sepuluh hukum. Pada kedua hukum inilah tergantung seluruh hukum taurat dan kitab para nabi.

Christian Churches of God

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

(Hakcipta © 1997, 1999 Wade Cox)

(Ringkasan Diedit oleh Wade Cox)

(Tr. 2005)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


Ringkasan: Kasih dan Struktur Hukum



Teks dalam 1 Yohanes 4:7-21 mengembangkan tema bahawa Tuhan adalah kasih, dan begitu juga hukum Tuhan adalah kasih.

Dua elemen iman adalah pengetahuan akan Tuhan dan pengetahuan kehendakNya. Kehendak ini adalah satu sambungan Tuhan kerana sifat ilahiNya adalah sistem keteraturan hukumNya. Hukum ini adalah hukum Eloah (Ezra 7:14). Dialah satu-satunya Allah yang benar (Yohanes 17:3) yang singular sepenuhnya. Dia adalah tumpuan ibadah dan korban di BaitNya di mana Dia telah membuat namaNya diam di sana (Ezra 6:8-10, 12).

Tuhan adalah benar (Ezra 9:15), sempurna (Matius 5:48), kudus (Imamat 19:2), baik (Mazmur 34:8), kebenaran (Ulangan 32:4). Hukum Tuhan adalah benar (Mazmur 119:172, sempurna (Mazmur 19:7), kudus (Roma 7:12), baik (Roma 7:12), kebenaran (Mazmur 119:142). Tuhan tidak berubah (Maleakhi 3:6). Teks ini dikaitkan kepada persepuluhan, kerana persepuluhan adalah tanda kepulangan kepada Tuhan.

Memelihara perintah-perintah Tuhan adalah perlu kepada pengetahuan dan kasih Tuhan (1 Yohanes 2:3-4; 3:22; 5:3); Kristus (Yohanes 14:15, 21); dan untuk penerimaan serta pengekalan Roh Kudus (Yohanes 14:21; 1 Yohanes 3:24; Kisah 5:32). Melanggar perintah-perintah itu atau mengajar pelanggaran atau pelonggarannya telah dilarang oleh Kristus (Matius 5:19). Dunia dihukum kerana tidak memelihara hukum taurat itu (Mazmur 55:19 RSV).

Seluruh struktur hukum taurat dan kitab para nabi bergantung pada Perintah Besar Pertama (Ulangan 6:5 RSV) dan Kedua (Imamat 19:18). Dari Dua hukum ini datangnya sepuluh hukum dan seterusnya kepada substruktur-substruktur yang lain (rujuk karya-karya Hukum Tuhan (No. L1) dan Siri Hukum (No. 252-263)).

Perintah Besar pertama dipantulkan dan diterangkan dalam empat perintah pertama (Keluaran 20 dan Ulangan 5). Keempat perintah ini mengeluarkan beberapa aspek hukum, yang memberi makna kepada aplikasi mereka. Kristus berkata, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat sehinggalah semuanya digenapi (Matius 5:17-20). Maka ia kekal sepanjang waktu fizikal. Bantahan-bantahan Kristian moden terhadap hukum taurat adalah palsu. Lihat juga karya Reben Biru (No. 273).

Sepuluh hukum itu bergantung pada perintah pertama dan yang pertama keluar dari Perintah Besar pertama. Elemen pertama bagi perintah pertama bersambung kepada semua yang lain.

Hanya ada satu hukum, satu susunan dan satu kebenaran (lihat karya Kebenaran (No. 168)) dan semua yang lain mesti gagal. Maka, suatu perubahan dalam hukum membabitkan perubahan dalam sifat Tuhan dan Tuhan telahpun mengatakan Dia tidak berubah (Maleakhi 3:6). Oleh sebab itu, hukumNya tidak berubah dan, mujurlah, begitu juga janji-janjiNya.

Kita seharusnya takut akan Tuhan, berjalan dalam segala jalanNya, mengasihiNya, melayaniNya dan memelihara perintah-perintah serta ketetapan-ketetapanNya demi kebaikan kita sendiri. Kasih Tuhan juga dipantulkan dalam hubungan-hubungan kita antara satu sama lain dalam kebaktian dan dalam kehidupan kita seharian. Oleh itu kebaktian dalam bahasa yang tidak diketahui (1 Korintus 14) adalah satu pelanggaran perintah pertama.

Kehidupan kekal adalah mengenali satu-satunya Allah yang Benar dan Yesus Kristus yang diutusNya (Yohanes 17:3). Kristus berkata bahawa Bapa adalah Allah yang Esa dari teks Yohanes 5:44. Kristus jelas menyatakan bahawa tiada seorangpun yang pernah mendengar suara Tuhan pada bila-bila masa (Yohanes 5:37).

Janji yang dibuat kepada keturunan Abraham adalah melalui konsep iman. Tuhan adalah kasih dan kemerdekaan semulajadi dalam hukum membuatkan kita dibenarkan oleh iman dan terikat kepada Tuhan dalam Roh Kudus. Jadi janji yang diberikan kepada Abraham diwarisi dalam umat pilihan melalui iman (Roma 4:13-25).

Kita tidak diselamatkan oleh perbuatan-perbuatan kita sendiri (lihat Roma 5:1-21). Oleh kerana kita dibenarkan oleh iman kita memiliki damai dengan Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus. Pengharapan kita adalah dalam berkongsi hidup kekal dalam kemuliaan Tuhan (Yohanes 17:3,5,24).

Kita belajar bersabar dengan benda-benda yang kita deritai sama seperti Kristus. Kita tidak kecewa dalam pengharapan kita kerana kasih Tuhan dicurah keluar dalam diri kita melalui Roh Kudus (Roma 5:6-11).

Dosa telah memasuki dunia ini dengan keingkaran dari Adam. Ia tersebar kepada semua orang kerana semua orang berdosa (Roma 5:12-14). Dosa tidak dihitung di mana tiadanya hukum. Terdapat dosa di dalam dunia jadi hukum seharusnya telah wujud pada penciptaan (Roma 5:15-17).

Keselamatan Krisus melalui karunia dan rahmat Tuhan membolehkan kita untuk mencapai hubungan yang lebih tinggi dengan Bapa dalam hukum kemerdekaan yang sempurna. Maka, dengan penurutan datangnya keselamatan dan, melalui rahmat, karunia keselamatan itu diperluaskan kepada semua orang agar kita dapat hidup untuk kemuliaan Tuhan (Roma 5:18-21).

Kristus telah dibangkitkan sebagai seorang anak Tuhan yang berkuasa dari kebangkitannya dari mati dan bukannya dengan kuasanya sendiri. Kristus mati kepada dosa sekali untuk semua. Kehidupan yang dilaluinya, dilaluinya untuk Tuhan. Begitu juga, kita hidup untuk Tuhan kerana kita mati kepada dosa dan hidup bagi Tuhan dalam Kristus Yesus. Kasih Tuhan kini ada di dalam kita melalui rahmatNya dan kita dapat menurut sampai mati kerana kita bukan lagi di bawah pengabdian dosa (Roma 6:5-11).

Kita taat kepada Tuhan sebagai hamba-hamba Tuhan, yang membawa kepada kebenaran. Jika kita berdosa, kita adalah hamba-hamba kepada daging dan dosa dan tertakhluk kepada kematian (Roma 6:15-19). Kita telah dilepaskan dari dosa dan diberikan karunia hidup kekal. Karunia ini berasal dari pengenalan akan Tuhan dan anakNya Yesus Kristus (Roma 6:20-23).

Kini kita mati kepada dosa agar kita tidak melayani di bawah kod bertulis yang lama tetapi di bawah roh hukum taurat itu (Roma 7:4-6). Melalui hukum taurat, kita mengenali dosa. Tanpa kasih Tuhan, dosa mengatasi kemampuan seseorang individu untuk mentaati hukum. Hukum taurat bukanlah masalahnya. Ia adalah kelemahan individu yang tidak dapat mengatasi dosa tanpa kuasa Roh Kudus.

Hukum-hukum Bait Suci serta korban telah digenapi sekali dan untuk selamanya dalam Kristus Yesus. Hukum-hukum ibadah Tuhan tidak digenapi begitu. Menetapkan pemikiran pada daging adalah maut tetapi menetapkan pemikiran pada Roh adalah kehidupan dan kedamaian. Kita bukannya hidup dalam daging; kita hidup dalam roh (Roma 8:6-9).

Golongan antinomian mengatakan hukum telah dipakukan kepada salib dari Kolose 2:14. Namun apa yang dipakukan kepada salib adalah cheirographon atau surat hutang yang berpunca dari pelanggaran-pelanggaran kita. Ianya bukan hukum Tuhan sendiri, yang kudus, benar dan baik.

Melalui kuasa Roh Tuhan, kedua-dua Tuhan dan Kristus berdiam di dalam kita dan Tuhan menjadi semua dalam semua (Efesus 4:6).

Dari hukum-hukum Tuhan berhubung kebaktianNya dan penurutan, kita mengatur kalendar dan kehidupan kita seharian dari perintah-perintah pertama, kedua, ketiga dan keempat. Sekitaran kita juga dikawalatur oleh makanan kita yang dimakan menurut hukumNya dan mengikut kewibawaanNya di bawah hukum-hukum ini.

Untuk memahami substruktur hukum dan cara dengan mana masyarakat dikawalatur, suatu penghuraian cermat dilakukan mengenai seluruh struktur hukum sepanjang tahun Sabat bermula dengan bulan pertama (Abib/Nisan) tahun kudus itu.

Pembacaan hukum merupakan tugas paling penting yang dilakukan oleh para imam dalam tahun Sabat sistem Jubli. Tahun-tahun ini berlangsung setiap tujuh tahun dalam kitar. Pada hari Pendamaian dalam tahun keempat puluh sembilan, Jubli ditiupkan dan kekal sehingga Pendamaian berikutnya dalam tahun kelima puluh apabila seluruh pemulihan sistem baru dilaksanakan dan bermula baru untuk tuaian tahun pertama Jubli pertama.

Kita diberikan hak kawalan planet ini dalam sistem milenium agar kita dapat menunjukkan kepada bani derhaka bagaimana ia sepatutnya telah dilakukan menurut kehendak Allah Bapa kita (rujuk Wahyu 20:4-6). Roh Tuhan akan dijadikan agar boleh diperolehi umat manusia di bawah penyeliaan Kristus dan Jemaat. Segalanya akan dicapai hanya apabila Tuhan memerintah dari bumi dalam Kota Tuhan, dalam kita semua, sebagai Tuhan (lihat karya Kota Tuhan (No. 180)).

q